Friday 2 August 2019

Cerita pendek - 2nd baby

14/10/2018 - 41week

Masuk LB pukul 2am. Masuk ubat tahan sakit *doctor suggest, still belum ada sakit contraction tapi effect ubat tahan sakit tu pheww mengantuk boleh tahan. Nak roboh mata. Dapat lah lelap kejap sbb tk rasa nak bersalin lagi. Dalam pukul 8am tiba tiba contraction yang kejap kejap datang. Makin lama makin kerap 5min sekali. Berbekal kan suami kt sebelah tp dia tkboleh buat apa lah kan sakit dia tkboleh bimcang. Abis besi katil semua kita kasi kaut genggam mcm nak pecah *ibarat menahan sakit tu. Setakat ni belum lagi rasa nk gigit2 tangan laki hahah. Bukaan jalan  still belum 10cm jadi menahan lah sakit tu sorang diri.

Tepat 10.14am, 3.7kg tanpa koyak kan & jahitan. lahirlah seorang puteri kami. Yes! Finally it’s a girl. Yang ditunggu tunggu sepanjang 9bulan akhirnya dia pilih keluar overdue ye anak. Alhamdulillah second birth ni tak kene induce. Normal contraction. No epidural. Semua nya smooth dari awal hingga selamat melahirkan baby, Terima kasih yang mendoa kan kami berdua :)

So, her name is 'NUR HAURA AMANDA'

She said 'Assalamualaikum, hello'

Cerita pendek - 2nd baby

40week- its overdue

Sepanjang  check up doctor scan memang dah bagitahu gender baby. Tapi iya lah dekat luar ni ramai acik acik ramalan tengok perut je cakap ni ‘baby boy’ ni. Even memang nak sangat baby girl tapi dengar2 org punya ramalan buat kita takut nak berharap so mcm doc bgthu pn rasa mcm tk confident Haha.  Sampai lah preparation barang baby pun tk beli baju dia yang berwarna ‘pink’
Tapi terasa gatal tangan je nak beli pink colour, usap dada pesan hati kalau keluar nye boy ah sudah.
Maka nya beli selai dua dan recycle lah baju newborn time abang harraz punya dulu. (Typical second baby semua recycle) 

Actually dah overdue pun masa bersalin kan my baby ni. 41weeks ngam bersalin kan dia *fuh lega kalau tak kene induce alahai. Sepanjang check up so far tak ada detect darah tinggi/kencing manis so mmg kene tunggu normall contraction. Keluar tanda darah awal 2weeks. Konon amik Mc sebab dh rasa ni mesti terus sakit nk bersalin ni. Sekali hampeh. Check jalan baru buka 1cm maka harapan lh bersalin time terdekat ni Haha.  Terus amik cuti kerja awal kau sebab dah malas nk kerja dgn sarat2 ni. Sepanjang tunggu time nak bersalin manfaat kan 2 mingu berjalan sana sini. Dekat rumah pun siap buat jalan itik. Adeh memori betul.

40weeks tu baby dh start mengeras tp still tk de rasa sakit nak bersalin. Tanda darah tu still ada cuma sikit2 coklat mcmtu. Pergi hos dia suruh balik tunggu betul sakit baru datang. Adoiyai.

Hujung-hujung pergi serah diri dekat HSA. Time serah diri pn tk de rasa sakit ke apa. Datang bilik saringan terus cakap blood show, tgok dh overdue time tu dah over 5hari rasanya tksilap *lupa. Cek jalan dah 3cm. Haha dari 2minggu lepas baru buka 3cm Haha sabor je.

Admit sehari semalaman. Esoknya cek jalan dh 4cm. Malam cek lagi dh 5cm. Terus tolak masuk Labour room. *still belum rasa contraction. Masa pecah kan ketuban tu dh colour slightly hijau means baby dh terbuang air besar sikit katanya... (dalam hati dah risau)

Dia cucuk tang sana cucuk tang sini. Second time berbaju polka dot pink

Kini kembali.

Hi alls. Sekian lama setahun plus ye tk mengblog tiba tiba harini muncul semula. 2018 tahun yang sangat mem'busy' kan diri. Rezeki datang tanpa henti. Syukur rasa diri ini.

Cerita pasal rezeki, tentunya rezeki anak lah anugerah paling terindah bagi seorang insan bernama wanita. Alhamdulillah Feb 2018 dapat tahu diri ini prgnant baby no.2 setelah 2 tahun membesar kan anak sulung. Betullah orang cakap anak pembawa rezeki yang tak diduga. Sepanjang tahun lepas cik suami dapat job baru yang lagi stable utk kita sekeluarga. Dan tahun tu jugak dapat merasa dudu sendiri (setelah 2 tahun duduk serumah dengan mil).

Walaupun duduk menyewa tapi feeling dia bahagia tak terucap, sebab dah berniat ingin merasa hidup berdikari tanpa susahkan orang lain. Mil pun faham kehendak kami suami isteri yang ingin berpindah ke rumah sendiri walaupun agak sedikit ralat. (Ialah sebab cik suami kita anak bongsu).

Until now still duduk sendiri. Besar kan anak sendiri. Alhamdulillah slowly belajar untuk berdikari. Baby no.2 pun dah masuk 10 bulan August ni :) Sekejap masa berlalu. Semoga dapat besarkan anak anak dengan penuh kasih sayang.

Dah berlalu tahun yang membawa kegembiraan susah senang kami, semoga tahun yang akan mendatang lebih mematangkan.


Friday 29 December 2017

Melaka - Part 2

Lepas pusing-pusing dekat A Famosa Water Theme Park, aku pergi Freeport A Famosa Outlet.Walaupun aku orang Jb selalu pergi Johor premium outlet (JPO) tapi aku suka konsep outlet yang dekat Melaka ni. Kita tahu Melaka merupakan Bandaraya Bersejarah, struktur bangunan dekat sini memang sangat lagend. 




Datang sini bukan nak shopping tapi nak selfie banyak-banyak je dengan view dia. hehe. Husband aku ape lagii menyempat lah dia shopping selai dua yang dia berkenan. Mengalah kan pompuan taau. Sis bagi 9/10 untuk Freeport A Famosa Outlet ni. Next time boleh repeat datang sini lagi. Tunggu Harraz besar sikit boleh main lari-lari kat sini. hikhik.

Cermin Ripcurl Freeport A Famosa Outlet
Mak belum ready nok
Love,
AB

Melaka - Part 1

Hai,

Aku nak cerita pasal unplanned vacation pergi Melaka pulak. Kenapa unplanned? sebabnya dimana laki aku ni suka sangat ajak pergi memana mengejut. Bukan nak cakap sehari dua sebelum pergi ke apa. Ni harini nak pergi, harini jugak baru cakap. Tapi aku suka lah mcmni, cakap2 tapi tetap pergi. Dari plan bagai nak giler last last tak jadi. Hampeh tau.

Rasa lama juga tak pergi bercuti tempat orang last pun pergi Cameron tu lah Hahaha. Itulah tahun 2015 lepas tu tak berjalan sangat pun. Tengah pregnant kan. Pergi Melaka  9-Oktober-2016 haritu (setahun lepas), dah keluar dah seorang Harraz yang dalam perut aku ni. Masa ni pun baru-baru je abis pantang 44 hari. Hahaha. Berani tak berani jugalah nak berjalan jauh dengan bawak baby. Plus takde pengalaman langsung berjalan dengan ada baby sendiri.

Lepas husband ajak, aku tanpa berlengah terus lah on. Bini mana yang tak suka laki bawak jalan kan heheh. Cepat-cepat booking hotel thru Booking.com. Book with no deposit and nasib banyak hotel yang kosong lagi. Aku booked  Syaz Meridian Hotel.


Condition hotel ni okay. Tapi agak susah sikit nak cari parking area situ. Sebab kt situ kawasan banyak hotel. Berebut lah aku dengan customer hotel lain hehe. Ni kira konsep siapa cepat dia dapat parking hehe.


Harraz Anaqi's 3 Months
 Hah seorang Harraz sampai lena tidur dekat hotel ni. Harraz pertama kali join mama papa pergi jalan-jalan. First time Harraz datang Melaka! Yahuuu. 

Aku decide untuk round Melaka esok pagi memandang kan kiteorang sampai hotel pon dah lewat malam pukul 12 am ok. Esok awal-awal lagi dah check out pergi sarapan dulu. kenapa check out awal? Name pun short vacay memang sehari je kat Melaka tu :'P

Lepas sarapan dekat kedai mamak area hotel tu aku pergi A Famosa Water Theme Park. Maklumlah bawa anak ni pergi lah tempat-tempat yang ada ramai orang. Ni je gambar yang ada, tak banyak sebab aku dgn husband masih kekok berjalan dengan anak. Kira kitorang focus kat Harraz je tajut dia takselesa lagi dengan dunia luar aiceh. Sampai tak sempat nak selfie sama-sama.

Full Tank dulu.

Pipi sebagai pelampung